arena

Pahang raih tiga mata

Oleh Asrol Awang

Kuantan: Skuad Pahang menamatkan dua kekalahan berturut-turut selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-1 di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Pada dua perlawanan sebelum ini, skuad Tok Gajah itu tewas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-3 dan UiTM (0-1).

Namun, pada perlawanan hari ini, pelawat terlebih dahulu menguji benteng Pahang apabila hampir menjaringkan gol menerusi rembatan pemain tengah, Muhamad Eskandar Ismail tetapi berjaya ditepis keluar penjaga gol, Helmi Eliza Elias di minit ke-14.

Pahang yang amat memerlukan kemenangan melakukan beberapa percubaan tetapi pertahanan kental PDRM menafikan tuan rumah untuk mendapatkan gol pendahuluan.

Pada minit ke-36, penyerang import dari Brazil, Ivan Carlos tidak mempersiakan peluang meletakkan Pahang mendahului 1-0 hasil sepakan percuma.

Bersambung babak kedua, skuad Tok Gajah terus memberi tekanan kepada The Cops apabila Mohd Faisal Abdul Halim menjaringkan gol kedua buat pasukannya pada minit ke-73.

Pada minit ke-84, PDRM merapatkan jurang 1-2 hasil jaringan sendiri pemain tengah tuan rumah, Adam Reed.

Namun, kebangkitan yang cuba dilakukan PDRM sudah terlewat selepas keputusan berakhir 2-1 yang berpihak kepada tuan rumah.

Disiarkan pada: September 12, 2020 @ 11:31pm
d