arena

Messi kembali beraksi, galas tugas kapten

Oleh AFP

LIONEL Messi beraksi selama 45 minit untuk Barcelona pada perlawanan persahabatan pertama pra musim dengan Ronald Koeman dilihat tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan bintang Argentina itu.

Barca menewaskan pasukan liga ketiga, Gimnastic Tarragona 3-1 dengan Ousmane Dembele menjaringkan gol pembukaan pada penampilannya pertamanya sejak November tahun lalu.

Antoine Griezmann dan Philippe Coutinho yang kembali selepas dipinjamkan ke Bayern Munich, masing-masing turut menjaringkan gol menerusi sepakan penalti sebelum pelawat meraih gol saguhati menerusi Javier Bonilla.

Namun penampilan semula Messi di Stadium Johan Cruyff adalah momen paling penting untuk Koeman yang mengendalikan pasukan itu buat kali pertama sejak dilantik sebagai jurulatih bulan lalu.

Messi juga mengetuai pasukan selepas memakai lilitan kapten selepas Barcelona mengesahkan dia akan terus menggalas tugas berkenaan sepanjang musim ini.

Kelab dan Messi dilihat dapat bekerjasama menjelang aksi La Liga hujung bulan ini.

Selepas secara terbuka mengakui dipaksa untuk kekal bersama Barcelona, Messi tiba awal untuk kembali menjalani latihan Isnin lalu.

Koeman pula pada bulan lalu berkata, dia hanya mahukan pemain yang mahu beraksi di Barcelona namun nadanya berlainan untuk Messi apabila menyatakan pemain itu adalah paling terbaik.

Disiarkan pada: September 13, 2020 @ 8:27am
d