arena

Diego Simeone positif Covid-19

Oleh Agensi

BOS Atletico Madrid, Diego Simeone diuji positif Covid-19. Pengesahan mengejutkan pandemik itu hadir hanya dua minggu sebelum aksi pembukaan musim La Liga kelab itu berdepan Granada.

Atletico dalam satu kenyataan mengesahkan ujian dijalankan semalam bagi seluruh pasukan dan pengurusan menampilkan keputusan positif.

"Simeone menjalani pengasingan di rumah bagi menempuhi tempoh kuarantin. Dia tidak menunjukkan apa-apa simptom selepas bersama pasukan itu sejak Isnin lalu."

Situasi itu ternyata memberi tamparan hebat untuk persiapan Atletico bagi kempen akan datang.

Simone terpaksa menempuhi kuarantin selama dua minggu. Ini bermakna pembantunya Nelson Vivas terpaksa mengambil alih semua tugas di padang latihan selepas pembantunya German Burgos meninggalkan pasukan itu musim panas ini.

Bagaimanapun, Simeone dijangka dapat kembali pada aksi pembukaan Atletico di gelanggang sendiri berdepan Granada pada 27 September ini.

Simeone juga berdepan tugas mengendali beberapa urusan perpindahan penampilan pemain baharu dan beberapa pemain yang akan keluar dari kelab gergasi Sepanyol itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: September 13, 2020 @ 10:45pm
    d