arena

Fabregas rai penampilan ke-800

Oleh Agensi

BEKAS pemain tengah Arsenal dan Chelsea, Cesc Fabregas meraikan penampilan ke-800 bersama kelab profesional selepas membantu Monaco mencatat kemenangan 2-1 ke atas Nantes, semalam.

Fabregas memainkan watak penting hampir keseluruhan permainan ketika Monaco meneruskan rentak tanpa kalah pada kempen pembukaan Ligue 1 Perancis.

Pemain berusia 33 tahun itu meraikan kemenangan pasukannya di bilik persalinan bersama rakan sepasukan selepas perlawanan dan dihadiahkan jersi khas tertera nombor 800 di belakangnya.

Fabregas berkongsi gambarnya di Instagram dengan keterangan : '800 perlawanan sebagai pemain profesional!!! Kemenangan menakjubkan buat pasukan. Mari kita teruskan!'.

Sofiane Diop meletakkan Monaco di depan namun Ludovic Blas berjaya menyamakan kedudukan buat Nantes. Sebelum jaringan Willem Geubbels mengesahkan kemenangan Monaco.

Disiarkan pada: September 14, 2020 @ 10:24pm
d