IRVIN Cardona meledak gol cantik persis jaringan dalam filem aksi komedi popular, Shaolin Soccer ketika membantu Stade Brestois 29 menewaskan Dijon, 2-0.
Jaringan kedua pada minit akhir perlawanan dari pemain Perancis itu menarik perhatian ramai di media sosial.
Cardona yang menerima hantaran lintang dari sebelah kiri, tanpa teragak-agak melompat sambil menghayunkan tendangan diatas angin menyaksikan bola menerjah gawang di sebelah kanan penjuru gol.
Brestois terdahulu membuka jaringan menerusi Romain Perraud pada babak pertama perlawanan dalam saingan Ligue 1 Perancis itu.
Disiarkan pada: September 15, 2020 @ 9:16pm