arena

Neymar terima hukuman, gantung dua perlawanan

Oleh AFP

Neymar menerima hukuman digantung dua perlawanan hari ini kerana kad merah yang diterimanya ketika bertemu Marseille dengan Liga Perancis mengumumkan mereka kini akan melakukan siasatan terhadap isu perkauman yang dilakukan penyerang Brazil itu terhadap Alvaro Gonzalez.

Angel Di Maria turut akan dipanggil ke mesyuarat suruhanjaya disiplin liga pada 23 September atas dakwaan pergaduhan dengan pertahanan Marseille, Gonzalez sewaktu PSG tewas 0-1 yang berakhir dengan pergaduhan menyebabkan lima pemain di arah keluar padang.

Neymar dibuang padang kerana menampar belakang kepada Gonzalez dan menuduh pemain Sepanyol itu memanggilnya 'monyet'.

Gonzalez bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

"Kami tahu berlaku pertelingkahan. Tapi sekarang masih belum ada kepastian untuk memanggil pemain," kata Presiden Suruhanjaya Disiplin, Sebastien Deneux.

Katanya, pihaknya akan mengkaji rakaman video untuk menentukan sama ada cukup bukti wujudnya unsur perkauman.

Tujuannya adalah untuk menentukan "apa yang sebenarnya dikatakan dan apa yang sebenarnya di dengar".

Disiarkan pada: September 17, 2020 @ 8:40am
d