arena

Bale hampir pasti ke Spurs

Oleh AFP

Ejen pemain kepada Gareth Bale, Jonathan Barnett memaklumkan pemain itu 'hampir' kembali ke Tottenham selepas tujuh tahun bersama gergasi Sepanyol dengan rekod perpindahan termahal dunia ketika itu.

Pemain antarabangsa Wales itu sering disingkirkan pengurus Real, Zinedine Zidane dan awal bulan ini berkata, dia bersedia untuk kembali ke Liga Perdana.

Bale menjulang Pemain Terbaik Liga Perdana pada musim pertamanya di Tottenham, menyaksikan dia meledakkan 56 gol sepanjang 203 penampilan dan memikat Madrid untuk membayarnya dengan rekod perpindahan termahal £85 juta (RM454.8 juta ) untuk khidmatnya.

Di tanya mengenai perpindahan Bale ke Tottenham, Barnett berkata: "Ia semakin hampir tapi belum selesai."

"Ia satu urusan yang rumit."

Bale masih mempunyai kontrak dua tahun yang menyaksikan dia menerima bayaran 30 juta euro (RM146.1 juta) setahun di Real Madrid.

Disiarkan pada: September 17, 2020 @ 9:43am
d