arena

Alcantara mampu julang Liverpool

Oleh AFP

London: Jurgen Klopp memuji Thiago Alcantara dengan menyifatkan dia sebagai satu daripada beberapa pemain di dunia yang mampu meningkatkan mutu permainan Liverpool selepas pemain Sepanyol itu menyertai kelab berkenaan dari Bayern Munich, semalam.

Dia dilabelkan sebagai antara pemain tengah terbaik dunia, Alcantara memenangi tujuh gelaran Bundesliga sepanjang tujuh tahun di Bayern dan memainkan peranan penting ketika mereka menjuarai Liga Juara-Juara bulan lalu, perlawanan terakhirnya bersama kelab itu.

Bagaimanapun dengan hanya berbaki satu tahun kontraknya, Liverpool hanya mengeluarkan perbelanjaan £20 juta (RM106.29 juta) dan £5 juta (RM26.57 juta) tambahan untuk mendapatkan khidmatnya.

Pemain berusia 29 tahun itu menjadi pemain utama yang dibeli Liverpool dalam tempoh dua tahun ketika mereka menjulang Liga Juara-Juara dan Liga Perdana selepas 30 tahun.

"Dia serang pemain yang luar biasa dan anda memang betul kerana sukar untuk meningkatkan pasukan seperti kami pada ketika ini dengan cara yang normal," kata Klopp.

"Jika kami ada 3-400 juta mungkin kami boleh mencari beberapa pemain tapi ia bukan mudah. Dalam kes tertentu, dia adalah pemain yang boleh membawa dimensi berbeza dalam permainan kami dan ia adalah benar.

"Sebahagian skil yang dimilikinya sukar untuk ditemui tapi amat sesuai dengan kami. Saya tidak mahu mengatakan mengenai pemain lain ia hanya satu perbezaan dan itu yang saya mahukan."

Disiarkan pada: September 19, 2020 @ 9:00am
d