arena

Lyon terus malang

Oleh AFP

Paris: Lyon terus dibelenggu dengan permulaan perlahan apabila sekadar melakarkan keputusan seri 0-0 menentang Nimes dalam aksi pembukaan Ligue 1, semalam.

Memphis Depay yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona dan Moussa Dembele disenaraikan dalam kesebelasan utama namun gagal menyerlah.

"Ia satu perlawanan yang pelik," kata pemain tengah Bruno Guimaraes.

"Kami terlepas banyak peluang, ada di antaranya amat mudah. Kami perlu bekerja lebih keras kami tidak mahu kehilangan mata seperti itu."

Pasukan tuan rumah itu masih belum meraih sebarang kemenangan sejak pusingan pembukaan dan mereka dilihat bukan seperti skuad yang mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selein tewas kepada Paris Saint-Germain di final Piala Liga Perancis Ogos lalu.

Selepas empat perlawanan, Lyon jatuh kedudukan ke-10 liga hanya lebih satu mata Nimes.

Terdahulu Lyon mengumumkan untuk menandatangani penjaga gol Jerman Julian Pollersbeck dari Hamburg dengan nilai 250,000 euro (RM1.27 juta) sebagai pembantu kepada Anthony Lopes.

Disiarkan pada: September 19, 2020 @ 9:34am
d