arena

Reed lakar birdie untuk dahului hari kedua

New York: Juara Masters, Patrick Reed menutup aksi pusing kedua dengan birdie untuk mendahului satu pukulan mengatasi Bryson DeChambeau pada pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat (AS) di Winged Foot.

Cuaca berangin, green yang laju penempatan pin yang sukar menjadikan persaingan bertambah sengit.

"Anda tahu hari ini begitu kejam," kata Reed. "Anda tahu ketika (Persatuan Golf AS) melihat anda mengendalikan lapangan seperti semalam, mereka akan menjadikan ia bertambah sukar.

Menduduki ranking ke-10, Reed hanya membuat lima pukulan dari fairway namun mempamerkan satu permainan yang mengagumkan untuk membenam 70 pukulan dan empah bawah par 136 selepas 36 lubang.

Reed menyarung jaket hijau pada 2018, bermula di lubang ke-10. Dia menyedari terdapat bunker yang dalam di sebelah lubang kesembilan dan berjaya melakukan pukulan putt untuk birdie kelima berbanding lima bogey.

"Masuk ke dalam bunker bagus untuk saya dan saya dapat memukul 57 darjah untuk berjaya melakukan birdie," kata Reed.

Disiarkan pada: September 19, 2020 @ 12:13pm
d