arena

Nadal tersingkir

Oleh AFP

Rome: Rafael Nadal memberi amaran bahawa dia tahu bagaimana cara memperbaiki kesilapannya sebelum turun mempertahankan gelaran di Terbuka Perancis selepas tewas di suku akhir Rome Masters, kejohanan pemanas badan sebelum Roland Garros.

Juara sembilan kali di Rome itu tewas 6-2, 7-5 kepada pemain Argentina, Diego Schwartzman, pemain pilihan kedua yang dikalahkan sembilan kali pada pertembungan mereka sebelum ini.

Ia adalah peluang terakhir Nadal untuk memperbaiki kelemahan sebelum turun memburu kejuaraan yang ke-13 di Terbuka Perancis dan rekod itu akan menyamai kejayaan 20 gelaran Grand Slam, Roger Federer.

"Ia tahun yang sangat istimewa dan sukar diramalkan," kata pemain berusia 34 tahun.

"Saya mungkin akan pulang ke rumah dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya. Saya menjalankan tugas saya di sini.

"saya berjuang hingga ke akhir. Tapi kehilangan banyak servis, anda tidak boleh jangka akan menang perlawanan ini.

"Ada sesuatu yang perlu diperbaiki dan saya tahu bagaimana melakukannya.

"Saya akan terus bekerja dan berlatih dengan sikap yang betul dan cuba memberi peluang kepada diri saya untuk bersedia," katanya.

Sementara itu pilihan utama Novak Djokovic turut tewas pada set pertama tetapi bangkit menewaskan pemain Jerman Dominik Koepfer 6-3, 4-6, 6-3.

Disiarkan pada: September 20, 2020 @ 11:08am
d