arena

Gundogan positif Covid-19

Oleh AFP

London : Pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan didapati positif Covid-19, umum kelab Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Keputusan itu didedahkan beberapa jam sebelum beraksi perlawanan pertama pada kempen musim baharu mereka.

Pemain kebangsaan Jerman berkenaan, kini menjalani pengasingan diri ketika rakan sepasukan yang lain menjalankan persediaan untuk perlawanan berdepan Wolves di Molineux awal pagi nanti.

"Ilkay kini menempuhi tempoh 10 hari pengasingan diri mengikut syarat protokol kuarantin yang ditetapkan kerajaan United Kingdom dan penganjur Liga Perdana.

"Semua orang di kelab mengharapkan IIkay segera sembuh." menurut kelab itu dalam satu kenyataan.

Gundogan menjadi pemain ketiga City yang diuji positif bulan ini selepas Aymeric Laporte dan Riyad Mahrez.

City terlepas aksi pembukaan hujung minggu Liga Perdana untuk memberikan mereka tempoh rehat yang mencukupi selepas penamat lewat bagi musim 2019/20 berikutan pembabitan pasukan itu dalam saingan Liga Juara-Juara.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: September 21, 2020 @ 8:53pm
    d