arena

Arsenal ikat Runarsson empat tahun

Oleh AFP

London: Arsenal menandatangani penjaga gol Iceland, Runar Alex Runarsson dari Dijon sebagai penjaga gol kedua selepas Bernd Leno.

Runarsson menyertai kelab Liga Perdana itu dengan harga dilaporkan £1 juta (RM5.29 juta) dengan kontrak empat tahun.

Penjaga gol berusia 25 tahun itu menggantikan tempat Emiliano Martinez selepas penjaga gol Argentina itu berpindah ke Aston Villa minggu lalu.

Pemain Inggeris, Matt Macey memanaskan bangku simpanan ketika Arsenal menewaskan West Ham, Sabtu lalu.

"Kami mahu mewujudkan persaingan sihat dan teruja melihat Alex bakal memperkukuhkan posisi penjaga gol,'' kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta dalam laman web kelab.

Runarsson menyertai kelab Ligue 1, Dijon pada Julai 2018 dan tampil 13 perlawanan dalam semua kejohanan musim lalu.

Dia memulakan karier bersama kelab Iceland, KR Reykjavik dan berpindah ke kelab Denmark, FC Nordsjaelland sebelum menyertai Dijon.

"Kami berbangga dan mengucapkan selamat datang kepada Alex dalam skuad kami. Kami memantaunya sudah agak lama dan analisis kami mendapati dia memiliki ciri penjaga gol yang kami kehendaki,'' kata pengarah teknikal, Edu.

Disiarkan pada: September 22, 2020 @ 2:53pm
d