arena

Undertaker sokong Leicester

Oleh Agensi

London: Legenda WWE, Undertaker menunjukkan sokongannya kepada Leicester City selepas kelab Liga Perdana Inggeris itu menandatangani Cengiz Under.

The Foxes mengumumkan secara rasmi mendapatkan penyerang Turki itu secara pinjaman dari Roma menerusi akaun Twitter kelab itu.

City turut memuat naik gambar pakaian yang sering dipakai oleh Undertaker bersama topinya.

Namun agak mengejutkan apabila Undertaker membalasnya dengan berkata: "Menggali lubang dan menjaringkan gol."

Penyokong yang mengikuti akaun Twitter itu memberi pelbagai reaksi.

"Undertaker membalas twitter Leicester. Adakah saya bermimpi sekarang?," tulis seorang penyokong kelab yang memenangi kejuaraan Liga Perdana 2016 itu.

Penyokong Leicester ketika ini meraikan pasukan kesayangan mereka selepas Foxes memenangi dua perlawanan pertama musim ini.

Under yang berusia 23 tahun berkata: "Saya tidak sabar untuk ke Leicester dan memulakan latihan.

"Saya sentiasa mahu beraksi di England dan ini adalah peluang terbaik untuk beraksi di Liga Perdana," katanya.

Disiarkan pada: September 23, 2020 @ 1:10pm
d