arena

Di Maria digantung empat perlawanan

Oleh AFP

Paris: Pemain sayap Paris Saint-Germain (PSG), Angel Di Maria dikenakan hukuman gantung empat perlawanan atas insiden meludah ketika berdepan Marseille bulan ini yang menyaksikan lima pemain dikenakan kad merah dan Neymar diherdik dengan kata-kata berbaur perkauman.

Penggantungan Di Maria diputuskan oleh Suruhanjaya Disiplin Ligue 1 selepas pemain itu meludah pertahanan, Alvaro Gonzalez.

Ia berkuatkuasa bermula 29 September, bermakna dia boleh beraksi menentang Reims Isnin ini, sebelum kembali pada 8 November.

Neymar mendakwa Gonzalez mengherdiknya dan insiden berkenaan akan disiasat pada 30 September ini.

Dia diperintah keluar padang selepas menampar belakang kepala Gonzalez, selepas berang dipanggil dengan gelaran 'monyet' oleh pemain kelahiran Sepanyol itu.

Pemain termahal dunia itu dikenakan penggantungan dua perlawanan minggu lalu di atas insiden yang berlaku pada 13 September di Parc des Princes.

Disiarkan pada: September 24, 2020 @ 2:25pm
d