arena

Messi ratapi perpindahan Suarez

Oleh AFP

Madrid: Lionel Messi mengucapkan selamat tinggal kepada Luis Suarez dengan nada beremosi, sehari selepas penyerang Uruguay itu menitiskan air mata ketika meninggalkan Barcelona buat kali terakhir dan berhijrah ke Atletico Madrid.

"Hari ini saya pergi ke bilik persalinan dan realiti itu sangat memberi kesan kepada saya," tulis Messi di Instagram miliknya sebelum meneruskan kritikan kepada pengurusan kelab.

"Anda adalah salah seorang pemain terpenting dalam sejarah kelab ini. Tidak sepatutnya 'dipecat' sepertimana 'mereka' melakukannya.

"Yang pasti pada ketika ini ialah tiada apa yang istimewa untuk saya lagi," katanya.

Hubungan Messi bersama presiden kelab, Josep Maria Bartomeu tegang selepas Barcelona dimalukan 2-8 oleh Bayern pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara, Ogos lalu.

Messi mahu meninggalkan kelab itu namun perlu menerima hakikat bahawa dia harus menamatkan baki kontrak pada tahun terakhir.

Pada masa sama, dua rakan baiknya, Suarez dan Arturo Vidal meninggalkan kelab itu.

Suarez berhijrah ke Atletico menerusi kontrak selama dua tahun. Dia muncul penjaring ketiga terbanyak dalam sejarah kelab dengan 198 gol.

Disiarkan pada: September 25, 2020 @ 7:52pm
d