arena

Olympiakos ikat pertahanan Tunisia, Drager

Oleh AFP

Piraeus: Pertahanan kebangsaan Tunisia, Mohamed Drager menandatangani kontrak empat tahun bersama Olympiakos tanpa didedahkan yuran secara terperinci membabitkan perjanjian itu umum juara Greece berkenaan hari ini.

"Saya fikir ia langkah yang wajar bagi saya dalam karier bola sepak profesional untuk menjadi sebahagian daripada pemain Olympiakos.

"Saya banyak berlari di bahagian kanan turun dan naik. Jadi saya berharap untuk memberi banyak bantuan kepada barisan hadapan. Ini adalah kekuatan utama saya," kata Drager.

Drager, 24, yang dilahirkan di Freiburg memulakan kerjaya bersama kelab di bandar kelahirannya sebelum menghabiskan dua musim lalu sebagai pemain pinjaman di Paderborn, tampil dalam 40 perlawanan dan menjaringkan satu gol.

Dia melakukan 18 penampilan, menjaringkan satu gol dan menghasilkan tiga bantuan gol pada musim lalu ketika Paderborn menamatkan saingan Bundesliga di kedudukan terbawah.

Drager mempunyai 13 kap penampilan bersama skuad kebangsaan Tunisia.

Disiarkan pada: September 28, 2020 @ 3:21pm
d