arena

Genoa sahkan 14 kes Covid-19

Oleh AFP

Milan: Genoa mengumumkan 14 pemain serta kaki tangannya didapati positif Covid-19 hanya selepas seteru setempat, Sampdoria mendedahkan pemain yang baharu ditandatangani Keita Balde juga mempunyai virus itu.

Penjaga gol, Mattia Perin dan pemain tengah, Lasse Schone terlepas perlawanan Serie A yang menyaksikan kekalahan 0-6 Genoa ke atas Napoli pada Ahad selepas didapati mempunyai kontak Covid-19 dan 12 yang lain didapati positif selepas perlawanan itu.

"Selepas ujian hari ini, jumlah mereka yang positif Covid-19 meningkat kepada 14 membabitkan pemain dan staf," menurut Genoa dalam satu kenyataan.

"Kami sudah mengaktifkan semua syarat protokol yang diperlukan bagi membendung penularan virus dan memaklumkan kepada pihak berkaitan.

"Kami akan memaklumkan maklumat susulan mengenai situasi ini."

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: September 29, 2020 @ 9:42am
    d