arena

Khairulnizam uji pakaian pelayaran

Langkawi: Jaguh perahu layar negara, Khairulnizam Mohd Afendy mendapat suntikan kepakaran menjelang Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bekerjasama dengan Fitech Asia menyerahkan sampel pertama pakaian pelayaran untuk diuji.

Ia bagi mendapatkan maklum balas dalam menghasilkan baju pelayaran terbaik untuk beliau pakai di Sukan Olimpik pada Julai 2021 nanti.

Kerjasama antara UiTM dan Fitech Asia bermula pada Disember 2019 memberi fokus kepada kajian fabrik.

Sebanyak 10 sampel fabrik sudah diuji kaji di Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan dan Makmal Fakulti Sains Gunaan UiTM.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fitech Asia, Syed Aldrin, reka bentuk mengikut jenis fabrik akan ditentukan mengikut kesesuaian selepas mendapat maklum balas semasa dari Khairulnizam.

Sesi penyampaian sampel uji kaji pertama berkenaan disempurnakan oleh Pengarah Pusat Sukan UiTM, Mustaza Ahmad bersama jurulatih perahu layar negara, Mohd Affendy Abdullah di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi.

Disiarkan pada: September 29, 2020 @ 12:29pm
d