arena

Thiago Alcantara positif Covid-19

Oleh AFP

London: Pemain tengah Liverpool, Thiago Alcantara diuji positif Covid-19, ia disahkan kelab juara Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Pemain berusia 29 tahun itu yang menyertai kelab berkenaan dari Bayern Munich bulan ini, terlepas saingan berdepan Arsenal semalam dan akan menjalani pengasingan.

"Thiago Alcantara diuji positif Covid-19 dan kini menjalani pengasingan menurut protokol ditetapkan," kata Liverpool dalam satu kenyataan.

"Kelab sudah dan akan terus mengikuti semua protokol berkaitan Covid-19 dan Thiago akan kekal menjalani pengasingan untuk tempoh yang diperlukan."

Pemain antarabangsa Sepanyol itu akan terlepas sekali lagi aksi berdepan Arsenal pada Piala Liga awal pagi Jumaat ini selain perlawanan Liga Perdana di Aston Villa, tapi boleh bermain bagi pertembungan tetangga Merseyside bertemu Everton pada 17 Oktober.

Liga Perdana pada Isnin lalu mengumumkan 10 pemain diuji positif Covid-19 pada minggu sebelumnya, jumlah tertinggi jangkitan sejak ujian dilakukan pada Mei.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: September 30, 2020 @ 8:01am
    d