arena

Neymar tak bayar cukai hampir RM170 juta

Oleh AFP

Madrid: Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar berhutang lebih banyak cukai berbanding individu lain dalam senarai hitam pihak berkuasa Sepanyol, iaitu sebanyak 34.6 juta euro (RM168.8 juta), menurut dokumen rasmi yang diterbitkan hari ini.

Bintang Brazil itu yang beraksi bersama Barcelona dari 2013 sehingga 2017 sebelum berhijrah ke PSG dengan nilai 222 juta euro (RM1.08 bilion) - perpindahan paling mahal dalam sejarah - mendahului senarai ribuan nama yang diterbitkan di laman web pejabat cukai Sepanyol.

Akhbar Sepanyol tahun lalu melaporkan pihak berkuasa cukai Sepanyol mencari Neymar atas penipuan fiskal sejak zamannya di Barcelona, ​​tetapi ini adalah kali pertama maklumat berkenaan disahkan secara rasmi.

Pejabat percukaian Sepanyol yang dihubungi AFP, tidak menyatakan sama ada Neymar berada dalam senarai itu disebabkan ada kaitan dengan perpindahannya pada 2013 ke Barcelona dari kelab Brazil, Santos.

Disiarkan pada: September 30, 2020 @ 11:34pm
d