arena

Penumbuk McGregor lembik - Mayweather

Oleh Agensi

London: Floyd Mayweather menuntut bayaran £500 juta (RM2.43 bilion) untuk menentang Conor McGregor dan Khabib Nurmagomedov selain mentertawakan penumbuk Ireland itu yang dianggap lembik.

Mayweather, 43, mendedahkan dia tak kisah menanggalkan sarung tinjunya untuk perlawanan di bawah £120 juta (RM644 juta) ketika spekulasi menyatakan dia akan menentang bintang YouTube, Logan Paul.

Tetapi untuk menentang bintang UFC, McGregor dan Khabib, petinju Amerika yang mempunyai rekod 50-0 itu menuntut £250 juta (RM1.34 bilion) setiap seorang.

Mayweather menewaskan Notorious dalam gelanggang tinju di pusingan keempat pada Ogos 2017 dan mendakwa McGregor tak mampu menumbuk.''

''Conor McGregor tak boleh tumbuk,'' katanya kepada media portal.

"Saya bergembira. Saya seperti 'ahh...tumbukannya sangat lembut dan saya tidak menerima sebarang tumbukan. Saya masih mempunyai kemudahan.

''Jadi mengapa saya keluar dan bertarung dengan petinju muda yang boleh merisikokan kesihatan saya.

''Anda tengok pakcik saya, Roger, lihat Muhammad Ali. Saya cuma kata kesihatan anda adalah kekayaan anda.''

Bercakap mengenai pertarungan dengan McGregor sekali lagi atau Khabib, Mayweather berkata: "150 juta dolar? Tidak cukup.

"Kesihatan lagi penting...anda beri saya 300 juta dolar, baru saya pertimbangkan.''

''Tetapi okay bagi saya menentang Khabib atau Conor. Kedua-duanya mampu membuatkan saya meraih 600 juta dolar, jadi ia tidak menyakitkan.''

Disiarkan pada: October 1, 2020 @ 2:48pm
d