arena

Pemain Melaka bebas Covid-19

Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Barisan pemain Melaka bebas daripada gejala Covid-19 selepas skuad terbabit menerima keputusan ujian calitan penyakit berkenaan hari ini.

Pengurus Melaka, Muhammad Akram Abdullah berkata, keputusan berkenaan amat melegakan sekali gus bersedia untuk mengharungi perlawanan berdepan Kedah, Ahad ini.

Katanya, sebaik tamat aksi bertemu Sabah di Kota Kinabalu, semua pemain dan pegawai menjalani ujian calitan sebanyak dua kali selain menjalani kuarantin di hotel sementara menunggu keputusan ujian berkenaan.

Menurutnya, keseluruhan kesemua pemain dan juga pegawai negatif Covid-19 selepas menjalani 'swab test' (PCR) sebanyak dua kali bagi memastikan mereka bebas daripada ancaman wabak terbabit.

''Sehubungan itu, kami membuat permohonan untuk menunda perlawanan berdepan Kedah yang diterima Liga Bolasepak Malaysia ( MFL) serta pasukan lawan.

"Kesempatan terbabit digunakan untuk pasukan menjalani latihan selepas tempoh kuarantin berakhir. Ianya penting dalam memantapkan jentera pasukan yang terganggu di sebabkan faktor terbabit," katanya.

Menurutnya lagi, kekalahan kepada Sabah harus menjadi pengajaran berdepan Kedah untuk pemain tidak alpa dan leka yang boleh menyebabkan skuad terbabit tumbang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 1, 2020 @ 3:11pm
    d