arena

Celtic berdepan AC, Arsenal lawan Dundalk

Oleh AFP

Paris: Celtic akan berdepan skuad AC Milan diketuai Zlatan Ibrahimovic dalam undian sukar peringkat kumpulan Liga Europa sementara Rangers berdepan bekas juara Piala Eropah di Benfica dan undian hari ini turut menyaksikan Arsenal dalam kumpulan sama dengan juara Ireland, Dundalk.

Celtic yang berada di balang pertama bagi undian itu selepas mengetepikan kelab dari Bosnia, Sarajevo dalam aksi play off semalam, berdepan undian sukar dalam Kumpulan H.

Sama seperti Milan, skuad kendalian Neil Lennon itu akan berdepan juara Piala Czech, Sparta Prague dan kelab Perancis, Lille yang layak secara automatik untuk peringkat kumpulan selepas menamatkan saingan di tempat keempat dalam Ligue 1.

Milan, juara Eropah tujuh kali, layak selepas menang 9-8 menerusi penalti di Rio Ave, Portugal awal pagi ini selepas diselamatkan oleh sepakan percuma Hakan Calhanoglu pada penghujung tambahan masa.

Juara liga Scotland itu dan Milan kali terakhir bertemu di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada 2013/14. Mereka juga kerap bertemu beberapa kali pada kejohanan sama termasuk pada 2006/07 apabila wakil Itali itu mencatat kemenangan tipis dalam kelompok 16 terakhir dalam usaha memenangi trofi.

Pusingan pertama perlawanan akan berlangsung pada 22 Oktober ini. Sementara aksi final musim ini dijadualkan berlangsung di Gdansk, Poland pada 26 Mei depan.

Undian peringkat kumpulan Piala Europa :

Kumpulan A: Roma (ITA), Young Boys (SUI), CFR Cluj (ROM), CSKA Sofia (BUL)

Kumpulan B: Arsenal (ENG), Rapid Vienna (AUT), Molde (NOR), Dundalk (IRL)

Kumpulan C: Bayer Leverkusen (GER), Slavia Prague (CZE), Hapoel Beer-Sheva (ISR), Nice (FRA)

Kumpulan D: Benfica (POR), Standard Liege (BEL), Rangers (SCO), Lech Poznan (POL)

Kumpulan E: PSV Eindhoven (NED), PAOK (GRE), Granada (ESP), Omonia Nicosia (CYP)

Kumpulan F: Napoli (ITA), Real Sociedad (ESP), AZ Alkmaar (NED), Rijeka (CRO)

Kumpulan G: Braga (POR), Leicester City (ENG), AEK Athens (GRE), Zorya Luhansk (UKR)

Kumpulan H: Celtic (SCO), Sparta Prague (CZE), AC Milan (ITA), Lille (FRA)

Kumpulan I: Villarreal (ESP), Qarabag (AZE), Maccabi Tel Aviv (ISR), Sivasspor (TUR)

Kumpulan J: Tottenham Hotspur (ENG), Ludogorets (BUL), LASK (AUT), Antwerp (BEL)

Kumpulan K: CSKA Moscow (RUS), Dinamo Zagreb (CRO), Feyenoord (NED), Wolfsberg (AUT)

Kumpulan L: Gent (BEL), Red Star Belgrade (SRB), Hoffenheim (GER), Slovan Liberec (CZE)

Disiarkan pada: October 2, 2020 @ 10:44pm
d