arena

Khabib guna IQ atasi Gaethje

Oleh Agensi

London: Superstar Russia, Khabib Nurmagedov tidak mahu mengambil masa terlalu lama ketika menentang Justin Gaethje dan yakin menumbangkan lawannya seawal pusingan ketiga.

Juara UFC berusia 32 tahun itu mempertaruhkan tali pinggang lightweightnya dengan menentang pencabar dari Amerika Syarikat di Fight Island pada 24 Oktober.

Khabib yang belum kalah kekal menjadi pilihan walaupun ia pertarungan pertama sejak kematian ayahnya yang juga jurulatih, Abdulmanap.

Tetapi dia tetap berkeyakinan tinggi ketika ditanya mengenai persediaan menjelang pertarungan itu.

Khabib memberitahu RT: "Saya tak fikir ia akan menjadi perlawanan chess. Saya rasa IQ pertarungan saya lebih baik berbanding Justin Gaethje. Dia hanyalah lelaki yang sasa.

"Dia suka berlawan, dia suka darah. Dia seperti pahlawan sebenar. Tetapi jika bercakap mengenai pertarungan menggunakan IQ, saya rasa IQ saya lebih baik berbanding dia.

"Saya akan cuba bergusti dengannya. Saya akan cuba kali kedua, ketiga jika saya gagal menjatuhkannya.

"Mungkin sehingga 100 kali. Sudah tentu saya akan bertinju dan menendang dia. Saya akan membuatkan dia penat. Itu sasaran saya. Mungkin pada pusingan ketiga atau keempat ia berakhir.''

Bagaimanapun, Khabib akui dia turut bimbang dengan kualiti dimiliki Gaethje. Dia menjangkakan pencabar berusia 31 tahun akan melakukan segalanya untuk menewaskannya.

Katanya: "Justin mempunyai jurulatih yang sangat bagus dan hebat. Jika lihat aksi terakhirnya menentang Tony Ferguson, anda boleh lihat taktik jurulatih yang memberi nasihat cukup bagus.

''Dia memang jurulatih yang berwibawa. Sudah tentu Justin boleh bertarung tetapi jika bercakap mengenai IQ, saya rasa saya mempunyai lebih baik daripadanya.''

Gaethje sedia mencabar Khabib selepas atlet Russia itu tidak dapat menentang Tony Ferguson di UFC 249.

Disiarkan pada: October 3, 2020 @ 12:17pm
d