arena

Ikutlah peraturan Tammy - Lampard

Oleh AFP

London: Frank Lampard memberi amaran kepada Tammy Abraham agar menghormati 'peraturan' selepas penyerang Chelsea itu bertekak dengan Cesar Azpilicueta berkenaan dengan siapa harus mengambil sepakan penalti ketika aksi kelab berkenaan mengalahkan Crystal Palace 4-0.

Ketika Chelsea mendahului 3-0 pada separuh masa kedua, Abraham mahu mengambil penalti kedua The Blues merampas peranan Jorginho, iaitu pakar sepakan penalti yang sudah pun menjaringkan gol (penalti pertama) sebelum itu.

Abraham dan Timo Werner berbincang mengenai siapa yang perlu mengambilnya sebelum kapten Chelsea Azpilicueta masuk campur.

Dia mengambil bola dari tangan Abraham dan memberikannya kepada Jorginho sambil memberi isyarat kepada penyerang itu untuk beredar.

"Ia sudah diselesaikan. Saya mahu pemimpin dan saya tidak kisah jika ada sedikit konflik.

"Jika Tammy mahu mengambilnya kerana inginkan gol atau apa saja, dia perlu diingatkan mengenai kedudukannya.

"Saya menghargai keghairahannya kerana persembahannya berhak mendapatkan gol tetapi peraturannya ialah anda tidak boleh memotong barisan ketika ini. Jadi terimalah keadaannya," kata Lampard.

Disiarkan pada: October 4, 2020 @ 8:13am
d