arena

Juve kuarantin pemain

Oleh Agensi

Milan: Penyandang juara Liga Itali mengumumkan bahawa keseluruhan skuad mereka akan menjalani kuarantin selepas dua staf pasukan diuji positif Covid-19.

Juventus berkata, kedua-dua individu yang diuji positif bukan dalam kalangan pemain staf teknikal mahupun perubatan.

"Prosedur ini akan membenarkan kesemua staf yang diuji negatif meneruskan aktiviti latihan namun mereka tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan orang lain luar daripada kumpulan ini.

"Kelab akan sentiasa berhubung dengan pihak kesihatan," kata Juve dalam satu kenyataan.

Dalam satu kenyataan berasingan, Juventus mengesahkan mereka bersedia untuk berdepan Napoli bagi perlawanan esok pagi.

Bagaimanapun, agensi berita Itali melaporkan Napoli dihalang daripada berkunjung ke Turin oleh pihak berkuasa tempatan.

Dua pemain Napoli, Piotr Zielinski dan Elif Elmas, serta seorang staf mereka disahkan positif Covid-19, seminggu selepas melayan kunjungan Genoa, pasukan yang teruk berdepan wabak berkenaan.

Setakat ini selepas dua lagi pemain dan seorang staf disahkan positif, jumlah keseluruhan kes membabitkan Genoa ialah sebanyak 19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 4, 2020 @ 10:35am
    d