arena

Altmaier curi tumpuan

Oleh Agensi

Paris: Sudah lama dia menjadikan Stan Wawrinka sebagai idola, sekarang Daniel Altmaier berpeluang untuk menunjukkan kebolehan yang dimilikinya beraksi di gelanggang permukaan tanah liat di Rolan Garros.

Pemain kelahiran Jerman itu sudah pun membuktikan kemampuannya di atas gelanggang tanah liat, biasa dengan keadaan comot disebabkan debu dan bertarung seperti orang dewasa di peringkat kelayakan untuk ke undian utama.

Sekarang, dengan namanya masih kurang dikenali bercampur bersama pemain kaya dan terkenal, Altmaier yang berusia 22 tahun membuktikan perangai degilnya sukar dikikis.

Dia yang menduduki ranking ke-186 dunia hanya tewas satu set dalam enam perlawanan, dengan kejayaan terkini ialah menyingkirkan pilihan ketujuh dari Itali, Matteo Berrenttini.

Dia sebenarnya baru pulih dari kecederaan dan membina semula kehebatannya beraksi dalam sukan berkenaan di sirkit lebih rendah.

Penampilannya di Paris menimbul tanda tanya, sehingga dia diberikan lampu hijau untuk beraksi selepas mengalami kecederaan seminggu sebelum turun beraksi.

Sekarang Altmaier sudah bersedia untuk memberikan impak dalam penampilan pertama di Terbuka Perancis.

Dia bukan saja memiliki kehebatan melakukan pukulan kilas sebelah tangan malah cara meraikan kemenangan juga seakan sama seperti idolanya, Wawrinka.

"Idola saya ialah Wawrinka, akhirnya saya mempunyai mentaliti sepertinya untuk memenangi perlawanan. Stan berjaya muncul juara selepas dia menukar mentaliti, saya rasa ia ada kaitan.

"Saya seronok melihat caranya bermain tenis dan berterima kasih kepadanya kerana banyak membantu saya terutama ketika membabitkan soal kecederaan," katanya.

Disiarkan pada: October 4, 2020 @ 1:25pm
d