arena

West Ham malukan Leicester

Oleh AFP

London: West Ham menamatkan rekod tanpa kalah Leicester City di awal saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan lawan mereka itu 3-0, hari ini di Stadium King Power.

Selepas menewaskan Manchester City 5-2 minggu lalu, kali ini Leicester dimalukan di halaman sendiri.

Gol sumbangan Michail Antonio, Pablo Fornals dan Jarrod Bowen mematikan terus hasrat Leicester untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut di awal saingan buat kali pertama sepanjang sejarah kelab itu.

West Ham yang menewaskan Wolves 4-0 pada perlawanan terdahulu, sudah memenang tiga daripada empat perlawanan sejak pengurus, David Moyes didapati positif Covid-19, bulan lalu.

"Saya harap dapat bersama pasukan hari ini tetapi saya masih belum bersedia untuk kembali.

"Saya berada dalam keadaan baik tetapi mempunyai sedikit simptom, jadi saya akan terus mengikut nasihat yang diberikan pasukan perubatan," kata Moyers di dalam web West Ham sebelum sepak mula di Stadium King Power.

Disiarkan pada: October 4, 2020 @ 9:19pm
d