arena

Arsenal raih tiga mata berharga

Oleh Agensi

London: Arsenal berjaya meraih dua gol pantas untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Sheffield United yang masih gagal meraih mata pada saingan Liga Perdana Inggeris.

The Gunners dilihat tidak memberikan ancaman sehinggalah pada minit ke-61 selepas Bukayo Saka menjaringkan gol pertama apabila menanduk masuk hantaran Hector Bellerin.

Ia pasti memberi kenangan manis untuk pemain itu yang mendapat panggilan pertama ke skuad kebangsaan England.

Tiga minit kemudian, Arsenal memperoleh gol kedua menerusi Nicolas Pepe yang menolak masuk ke penjuru gawang lawan.

Arsenal dilihat menguasai perlawanan selepas itu sehinggalah David McGoldrick merapatkan jurang minit ke-83 yang juga jaringan pertama Blades pada musim ini.

Namun ia masih belum cukup untuk menafikan kemenangan Arsenal serta menyaksikan Sheffield tewas tujuh perlawanan berturut-turut pada saingan kompetitif buat kali pertama sejak 1975.

Disiarkan pada: October 4, 2020 @ 11:22pm
d