arena

Menang tapi Muller tak puas hati

Oleh AFP

Berlin: Robert Lewandowski menjaringkan empat gol termasuk penalti pada masa kecederaan bagi membolehkan penyandang juara Bundesliga itu terselamat daripada semangat melawan Hertha Berlin untuk menang 4-3.

Lewandowski, yang dinobatlan sebagai pemain terbaik UEFA Jumaat lalu, menjaringkan dua gol untuk meletakkan Bayern selesa mendahului 2-0 pada separuh masa kedua namun Hertha kembali bangkit melawan dan menjadikan kedudukan 3-3 ketika masa sebenar sudah tamat.

Bagaimanapun, penyerang antarabangsa Poland itu menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-93 bagi membolehkan Bayern mencatat kemenangan untuk berada di tangga ketiga namun Thomas Muller jelas kurang berpuas hati.

"Kita tidak boleh berpuas hati terutama dengan cara kita bertahan. Jika kita tidak ketinggalan, kita akan merasakan semuanya dalam keadaan terkawal. Kita tidak boleh mempunyai pemikiran hanya untuk mendahului permainan saja," kata Muller.

Kemenangan itu membolehkan Bayern kembali bangkit selepas rekod 23 kali tanpa kalah mereka lebur Ahad minggu lalu apabila kalah 1-4 kepada Hoffenheim.

Sebelum itu, pasukan di tempat kedua, Augsburg terlepas peluang untuk berada di persada liga apabila mereka mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Wolfsburg.

Disiarkan pada: October 5, 2020 @ 10:49am
d