arena

Bagi alasan rumput panjang pula

Oleh Agensi

Birmingham: Legenda Liverpool, Graeme Souness mengakui beliau seakan tidak percaya bahawa bola sentiasa berputar di atas padang dengan cara yang sama dan menjelaskan perkara itu tidak akan berlaku jika aksi berlangsung di Anfield.

Souness percaya Aston Villa sengaja membiarkan rumput sedikit panjang untuk menghadirkan kesukaran buat Liverpool.

The Reds dikejutkan oleh Villa awal bagi tadi dengan ketinggalan 1-4 pada separuh masa pertama, hasil ledakan hatrik Olie Watkins.

Ia bertambah buruk apabila Ross Barkley menjadikan kedudukan 1-5, namun sebelum aksi separuh masa kedua bersambung Souness mendakwa bahawa bola tidak bergerak dengan bebas di atas padang.

"Apa yang ingin saya perkatakan, mereka sengaja membiarkan rumput sedikit panjang dari biasa untuk memperlahankan pergerakan Liverpool," katanya.

Mo Salah berjaya meledak gol kedua Liverpool selepas sejam perlawanan berlangsung namun Jack Grealish meledak gol keenam seminit kemudian dan disusuli jaringan ketujuh Villa.

Kesemua pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris berdepan dengan keputusan memalukan pada empat minggu pertama awal musim, sekali gus memberi peluang Everton mendahului liga dan dilihat sangat konsisten.

Everton akan berdepan Liverpool pada aksi musuh setempat Merseyside selepas rehat perlawanan antarabangsa.

Disiarkan pada: October 5, 2020 @ 11:04am
d