arena

Todibo sertai Benfica secara pinjaman

Oleh AFP

Madrid: Pertahanan Barcelona, Jean-Clair Todibo akan menyertai Benfica secara pinjaman selama dua tahun, selepas kelab berkenaan mengumumkan awal pagi tadi.

Benfica akan membayar gaji Todibo dan wang pendahuluan sebanyak dua juta euro (RM9.7 juta), selain mempunyai pilihan untuk membeli pemain Perancis berusia 20 tahun itu dengan nilai €20 juta (RM97.5 juta).

Todibo menyertai Barcelona dari Toulouse pada Januari 2019 namun tidak mampu menonjolkan dirinya dalam skuad utama.

Dia dipinjamkan ke Schalke musim lalu dan sekarang akan ke Portugal, tatkala Barca cuba untuk mengurangkan kos mereka.

Pemain muda Barcelona, Juan Miranda juga dipinjamkan selama setahun ke Real Betis, kelab asalnya ketika zaman remaja sebelum berhijrah pada 2014.

Disiarkan pada: October 6, 2020 @ 9:38am
d