arena

El Shaarawy manfaat peluang

Oleh AFP

Florence: Stephan El Shaarawy yang memakai lilitan kapten Itali buat kali pertama, menjaringkan dua gol ketika Azzurri membelasah Moldova 6-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Florence, hari ini.

Skuad bimbingan Roberto Mancini membarisan pasukan 'B' menjelang saingan Eropah tahun depan selepas gagal layak ke Piala Dunia 2018.

El Shaarawy yang juga bekas pemain Roma dan kini beraksi bersama Shanghai Shenhua, meledak dua gol buat kali pertama untuk skuad kebangsaan sebelum di keluarkan pada babak kedua kerana mengalami kecederaan di mata kanan.

"Ia sangat berbaloi dan hari yang cukup istimewa," kata pemain berusia 28 tahun itu.

"Menjaringkan dua gol buat kali pertama untuk pasukan kebangsaan selaku kapten adalah kepuasan yang tidak dapat digambarkan.

"Saya perlu berlatih sendiri dalam tempoh yang lama, tetapi apa yang penting adalah sentiasa bersedia apabila tiba masanya.

"Selama sebulan saya berlatih sendiri kerana tidak dibenarkan kembali ke China.

"Saya perlu beraksi kerana saingan di China masih tidak dibenarkan berlangsung sehingga Februari. Inilah contoh bagaimana anda perlu menunggu dan sentiasa bersedia apabila peluang datang kepada anda," katanya.

Disiarkan pada: October 8, 2020 @ 10:14am
d