arena

Shaqiri negatif, Akanji pula positif Covid-19

Oleh AFP

Geneva: Penyerang Liverpool dari Switzerland, Xherdan Shaqiri akhirnya diuji negatif Covid-19 namun nasib berbeza dialami oleh pemain Borussia Dortmund, Manuel Akanji yang positif virus itu, kata persekutuan bola sepak Switzerland.

Shaqiri menyertai latihan skuad kebangsaan awal minggu ini berharap dapat membuat penampilan pertama bersama negara itu sejak Jun 2019.

Pada Selasa lalu dia dimaklumkan positif tapi melalui keputusan yang diterima hari ini, sebenarnya menunjukkan negatif.

Bagaimanapun tidak pasti sama ada Shaqiri akan terlepas perlawanan persahabatan menentang Croatia dan bertemu Sepanyol dalam aksi Liga Negara-Negara biarpun begitu dia akan tetap meneruskan perjalanan bersama skuad.

"Jawatankuasa kesihatan UEFA perlu memutuskan sama ada dia dapat bermain Sabtu ini atau tidak. Pada tahap ini, mustahil untuk mengetahui keputusan yang akan diambil," kata persekutuan.

"Manuel Akanji kini diasingkan dan masih belum menunjukkan sebarang gejala."

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 8, 2020 @ 8:34pm
    d