arena

Rumah Ronaldo kena rompak

Oleh Agensi

Lisbon: Rumah bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dimasuki perompak yang mengambil beberapa barangan peribadi penyerang Juventus itu.

Ia membabitkan kediaman mewah bintang berusia 35 tahun itu di Madeira yang bernilai £7 juta (RM37.6 juta).

Ronaldo tiada di rumah kerana tugasan bersama skuad kebangsaan Portugal manakala teman wanitanya, Georgina Rodriguez juga berada di Paris menghadiri minggu fesyen di sana.

Perompak itu dikatakan memasuki rumah selepas beberapa kakitangan Ronaldo membuka pintu garaj, menurut laporan akhbar tempatan, Diario de Noticias Madeira.

Pihak polis dilaporkan sedang memburu suspek yang memasuki rumah Ronaldo. Antara yang dicuri adalah jersi Juventus yang mempunyai tandatangan Ronaldo.

Pihak polis sudah melakukan siasatan di kediaman itu dan mengenal pasti pencuri berkenaan.

Suspek dikatakan sebagai seorang yang sudah dikenali oleh pihak polis dan dipastikan menerusi kamera CCTV yang dipasang di kediaman itu.

Belum ada sebarang tangkapan setakat ini

Tidak dapat dipastikan sama ada ibu Ronaldo, Dolores atau abangnya, Hugo yang kedua-duanya tinggal di kediaman tujuh tingkat itu berada di rumah ketika kejadian.

Disiarkan pada: October 9, 2020 @ 10:27am
d