arena

'Mat Pet' suspek rompak rumah Ronaldo

Oleh Agensi

Madeira: Rumah Cristiano Ronaldo dimasuki perompak ketika ibu bintang bola sepak itu, Dolores Aveiro dan abangnya, Hugo berada di dalam rumah.

Kakak Ronaldo pula mendakwa perompak yang diburu oleh pihak polis di Madeira adalah seorang penagih dadah.

Elma Aveiro berkata, keluarganya mengenali suspek dan berkata: "Dia tidak akan dapat memasuki rumah lagi."

Perompak itu dilaporkan mengambil barangan peribadi termasuk jersi Juventus yang ditandatangani oleh Ronaldo selepas berjaya memasuki kediaman tujuh tingkat itu menerusi pintu garaj di bahagian bawah.

Polis mengenalpasti suspek menerusi rakaman kamera CCTV selepas penggera berbunyi di kediaman bernilai £7 juta (RM37.8 juta).

Setakat ini pihak polis belum melakukan sebarang tangkapan.

Suspek dikatakan berjaya memasuki rumah itu selepas seorang kakitangan penyelenggara membuka pintu garaj.

Elma yang tinggal di rumah lain sekitar pulau Madeira memberitahu media tempatan: "Suspek pada mulanya di kawasan pembuangan sampah. Mungkin mahu mencari makanan namun kemudian dapat dikesan menerusi kamera.

"Dia adalah seorang penagih dadah. Kami mengenalinya."

Disiarkan pada: October 10, 2020 @ 1:47pm
d