arena

Hamilton menyamai rekod Schumacher

Nurburgring: Lewis Hamilton menyamai rekod 91 kemenangan legenda Formula Satu (F1) Michael Schumacher selepas berjaya memenangi saingan Grand Prix (GP) Eifel, sebentar tadi.

Juara enam kali itu mengetepikan kekecewaan percubaan pertama di Russia apabila mengawal perlumbaan di Litar Nurburgring yang kembali menganjurkan perlumbaan berprestij itu sejak 2013.

"Keputusan yang sangat menakjubkan," kata pelumba Mercedes itu melalui radio pasukan selepas melintasi garisan penamat mengetepikan Max Verstappen (Red Bull) dan pelumba Renault Daniel Ricciardo.

Hamilton terus mendahului kedudukan pelumba keseluruhan dan berada dalam landasan terbaik untuk menyamai rekod Schumacher meraih tujuh kejuaraan.

Disiarkan pada: October 11, 2020 @ 11:09pm
d