arena

Itali sekadar seri menentang Poland

Oleh AFP

Poland: Itali gagal memanfaatkan dominasi mereka apabila sekadar melakarkan keputusan seri tanpa jaringan ketika turun berdepan Poland dalam saingan Liga Negara-Negara Liga A, Kumpulan 1 di Gdansk.

Itali kini mendahului kumpulan dengan lima mata, melebarkan rekod tanpa kalah sejak di bawah kendalian Roberto Mancini kepada 18 perlawanan.

"Kami mempunyai beberapa peluang terutama pada babak pertama namun kami tidak gagal menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol," kata Mancini.

"Padang dalam keadaan sangat teruk. Biarpun begitu kami gembira walau tidak menjaringkan gol kerana semua ini sudah berlaku."

Itali akan menentang Belanda yang meraih empat mata Rabu ini di Bergamo dengan Poland yang juga mempunyai empat mata akan berdepan Bosnia Herzegovina di Warsaw.

'Azzurri' sebelum ini menang ke atas Moldova 6-0 pada perlawanan persahabatan di Florence menurunkan pasukan 'B' Itali.

Namun Mancini menyusun semula skuadnya seperti biasa dengan menurunkan Nicolo Barella, Jorginho dan Marco Verratti di bahagian tengah.

Disiarkan pada: October 12, 2020 @ 9:26am
d