arena

Hatrik Neymar bantu Brazil atasi Peru

Oleh AFP

Montevideo: Neymar meledak hatrik untuk berada dalam senarai penjaring terbanyak sejarah Brazil ketika juara Copa America menang 4-2 ke atas Peru dalam saingan kelayakan Piala Dunia, sebentar tadi.

Jaringan itu menyaksikan Neymar menghasilkan 64 gol antarabangsa, kurang dua lagi daripada Ronaldo tetapi masih di belakang rekod Pele iaitu 77.

Peru mendahului dua kali menerusi Andre Carrillo dan rembatan yang terbias Renato Tapia namun dua penalti kontroversi yang disempurnakan Neymar selain jaring ketiga bintang PSG pada penghujung babak permainan.

Serta rembatan Richarlison mengekal rentak kemenangan Selecao bagi kelayakan ke Qatar 2022.

Disiarkan pada: October 14, 2020 @ 1:21pm
d