arena

Rashford lancar petisyen dalam talian

Oleh Agensi

London: Marcus Rashford melancarkan petisyen dalam talian dengan menggesa kerajaan United Kingdom menyediakan makanan percuma kepada lebih ramai kanak-kanak di sekolah.

Pada Jun lalu, penyerang Manchester United itu berjaya melobi kerajaan melanjutkan polisi makanan percuma untuk kanak-kanak miskin di sekolah ketika cuti musim panas.

Pemain berusia 22 tahun itu bergabung dengan FareShare dan membantu meraih dana £20 juta untuk menyediakan makanan percuma kepada golongan memerlukan ketika pandemik koronavirus manakala dia turut bekerjasama dengan pasaraya dan beberapa jenama dalam menubuhkan jawatankuasa bagi menangani masalah makanan di kalangan kanak-kanak miskin.

Usaha murni Rashford itu menarik perhatian pihak istana yang menganugerahkan MBE ketika ulang tahun kelahiran Queen.

''Kita perlu melakukan lebih lagi,'' katanya. ''Masalah makanan di kalangan kanak-kanak miskin bukan masalah mereka. Mari kita lindungi mereka.''

''Mari kita berganding bahu dan bersatu dengan berkata masalah ini tidak boleh diterima. Saya menyeru anda semua membantu saya dengan membuktikan kepada mereka betapa bermaknanya menjadi rakyat British.''

Disiarkan pada: October 15, 2020 @ 10:45pm
d