arena

Maguire akan bangkit - Solskjaer

Oleh AFP

London: Ole Gunnar Solskjaer berkata Harry Maguire akan "bangkit semula" selepas permulaan sukar musim ini tetapi mungkin terlepas kunjungan ke Newcastle awal pagi Ahad ini kerana kecederaan.

Pemain berusia 27 tahun yang juga antara pemain pertahanan termahal dunia bergelut dengan aksi bersama Manchester United sejak terlibat dengan pertengkaran yang membawa kepada kes mahkamah di Greece pada Ogos lalu.

Semalam, dia dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama ketika England tewas 0-1 ke atas Denmark dalam saingan Liga Negara-Negara - hanya beberapa hari selepas membantu skuad kendalian Gareth Southgate mencatat kemenangan berdepan Belgium.

"Ketika Harry sebahagian daripada pasukan England yang menewaskan pasukan ranking nombor satu Belgium, ia adalah hari yang biasa dan apabila dia di perintah keluar padang ia menjadi topik hangat," kata Solskjaer.

"Ia hanya bola sepak bagi kamu. Terlalu banyak jatuh dan bangun yang harus kami hadapi, secara individu dan sebagai satu pasukan.

"Harry mempunyai ketahanan yang tinggi. Saya tahu dia akan bangkit semula. Saya tahun bahawa dia mahu beraksi, dia hanya mahu melakukan kerja dengan caranya sejak beberapa perlawanan yang turut dikritik hebat."

Disiarkan pada: October 16, 2020 @ 10:18pm
d