arena

Ulissi takluk peringkat ke-13 Giro

Oleh AFP

Monselice, Itali: Pelumba Itali, Diego Ulissi memenangi peringkat ke-13 Giro d'Italia ketika pelumba Portugal, Joao Almeida kekal memakai jersi merah jambu sebagai pendahulu perlumbaan.

Ia adalah kemenangan peringkat kedua buat Ulissi dari pasukan UAE Emirates di Giro dan kemenangan kelapan peringkat karier.

Ulissi mengatasi pelumba Deceuninck, Almeida dan pelumba Austria, Patrick Konrad hanya separuh daripada pusingan roda dalam pecutan ke garisan penamat pada perlumbaan peringkat sejauh 192km.

Almeida memperoleh bonus selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua sekali gus melebarkan penguasaan ranking pendahulu perlumbaan keseluruhan mengatasi pelumba Belanda, Wilco Kelderman dan pelumba Sepanyol, Pello Bilbao.

Disiarkan pada: October 16, 2020 @ 11:41pm
d