arena

McGregor pemabuk, tak mungkin juara lagi

Oleh Agensi

Abu Dhabi: Conor McGregor tidak akan mampu meraih kejuaraan UFC sekali lagi kerana gaya hidup yang kerap minum minuman keras, kurang fokus dan memukul orang tua, kata Khabib Nurmagomedov.

Juara UFC lightweight berusia 32 itu mencetuskan serangan peribadi terbaharu ke atas seteru utamanya itu menjelang perlawanan blockbuster minggu depan.

Khabib akan bertemu Justin Gaethje pada UFC 254 di Fight Island dengan gelaran kejuaraan menjadi taruhan.

Namun dia tetap mengkritik McGregor berbanding lawan terdekat yang bakal ditemuinya, Gaethje.

Khabib baru-baru ini berkata, dia tidak akan tampil pada program realiti MMA, The Ultimate Fighter bersama-sama McGregor meskipun jika dibayar AS$5 juta (RM20.7 juta).

Menerusi perbincangan di Yahoo Sport, Khabib berkata: "Conor McGregor, saya sudah menewaskannya. Kenapa perlu saya bertarung dengannya?

"Dia harus kembali semula dengan lebih terurus, itu saja.

"Saya tidak fikir dia mampu memenangi kejuaraan kerana tidak fokus, minum terlalu banyak, memukul orang tua. Dia tidak layak mendapat tumpuan daripada saya.

"Contohnya berlatih bersama saya di Ultimate Fighter atau seumpama dengannya. Lupakan sahaja."

Disiarkan pada: October 17, 2020 @ 12:15pm
d