arena

Gol Sterling kecewakan Arsenal

Oleh AFP

Manchester: Pep Guardiola percaya Manchester City memerlukan masa untuk berada pada prestasi sebenar selepas menewaskan Arsenal 1-0.

City gagal meraih mata penuh pada dua perlawanan liga sebelum ini, malah dilihat di bawah prestasi sebenar tanpa Kevin De Bruyne dan Aymeric Laporte yang berdepan kecederaan.

"Kami gagal bertahan selama 90 minit dengan corak permainan yang kami mahukan. Tapi kami mencapainya pada perlawanan hari ini.

"Kami memerlukan masa untuk menjadi pasukan yang baik. Saya rasa perlawanan ini akan membantu kami untuk meraih keputusan lebih baik," katanya.

Raheem Sterling meledak gol tunggal untuk City selepas penjaga gol Arsenal, Bernd Leno menafikan cubaan Phil Foden.

"Ketika ini dia adalah penyerang terbaik kami dalam usaha menjaringkan lebih banyak gol," kata Guardiola.

Arsenal pula kekal gagal meraih kemenangan di tempat lawan bertemu salah satu lawan 'big six' sepanjang 29 perlawanan sejak Januari 2015.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengakui kecewa dengan prestasi pasukannya kerana berasakan mereka berhak meraih keputusan lebih baik.

"Saya gembira dengan prestasi, disiplin dan keberanian mereka bermain hari ini. Tapi daripada tiga peluang terbaik yang diperolehi, kami perlu menjaringkan gol," katanya.

Disiarkan pada: October 18, 2020 @ 8:40am
d