arena

Real Sociedad teraju La Liga

Oleh AFP

Madrid: Real Sociedad meneruskan permulaan musim La Liga yang sukar dijangka dengan melonjakkan ke kedudukan teratas liga selepas kemenangan 3-0 di Real Betis, awal pagi ini.

Villarreal berada ke kedudukan kedua selepas menewaskan Valencia 2-1 di la Ceramica.

Mereka adalah enam pasukan berbeza yang memimpin La Liga selepas enam perlawanan setakat ini, ketika Real Madrid menyerahkan tempat mereka di puncak selepas kekalahan mengejut di gelanggang sendiri ke atas Cadiz pada Sabtu.

Barcelona juga tewas ketika berkunjung ke Getafe.

Real Sociedad memanfaatkan peluang ketika Portu dan Adnan Januzaj menjaringkan gol pada setiap babak selepas Mikel Oyarzabal menyempurnakan penalti untuk melengkapkan kekalahan ketiga Betis dalam empat perlawanan.

Kekalahan di bawah kendalian jurulatih baharu mereka Manuel Pellegrini menyebabkan mereka turun di tempat ketujuh liga.

Disiarkan pada: October 19, 2020 @ 12:11pm
d