arena

Williams hampir putus asa kerana basikal

Oleh Agensi

Sepanyol: Pelumba Britain, Stephen Williams sangat berbangga dapat kembali pada perlumbaan jelajah utama selepas bergelut dengan kecederaan.

Williams, 24, yang lahir di Wales menyertai perlumbaan Vuelta a Espana yang bermula hari ini selepas pulih daripada kecederaan lutut yang memaksanya berehat selama 18 bulan.

Williams tidak meletakkan tarikh untuk kembali dalam mindanya selepas menjalani pembedahan untuk memindahkan kecederaan tulang fabella kecil dari lutut kirinya pada November 2019.

"Ia adalah ujian yang sangat sukar untuk kembali semula bersaing dalam perlumbaan," kata Williams.

"Jadi sangat teruja untuk kembali dan di jelajah utama ini."

Pelumba pasukan Bahrain-McLaren berehat dari kayuhan sehingga Februari 2020, namun sudah pulih sepenuhnya dan mempamerkan prestasi mengagumkan untuk mendapat tempat disamping rakan senegaranya, Scott Davies dalam salah satu pentas perlumbaan terbesar.

"Jalannya agak tidak rata tetapi nasib baik ada cahaya di hujung terowong dan saya bersyukur dapat duduk di sini bercakap dengan anda sekarang," kata Williams kepada BBC Sport Wales.

Sebelum ditimpa kecederaan, Williams adalah bakat yang dicari selepas menonjolkan aksi cemerlang untuk SEG Racing Academy, termasuk penentuan tempat kelima dalam saingan bawah 23 Giro d'Italia pada 2018.

Tetapi pelumba basikal kelahiran Aberystwyth itu mula menderita kecederaan lutut pada musim sejuk tahun lalu, tidak lama selepas menyertai pasukan profesional Bahrain McLaren.

Dia bergelut dengan sakit lutut - bertanding hanya dalam dua perlumbaan pada tahun 2019 - dan menjalani rawatan berbulan-bulan berjumpa doktor dan fisioterapi dalam usaha untuk mendapatkan rawatan terbaik.

Disiarkan pada: October 20, 2020 @ 1:47pm
d