arena

Maria singkir pilihan utama

Oleh AFP

Prague: PIlihan utama, Elina Svitolina tersingkir daripada Kejohanan WTA Terbuka Ostrava selepas tewas straight set kepada Maria Sakkari, awal pagi tadi.

Sakkari, pemain nombor 23 dunia menewaskan Elina, pemain nombor lima dunia 6-3, 6-3 dalam masa 1 jam 16 minit untuk mara ke suku akhir.

"Saya rasa pukulan saya sangat menjadi dan mengawal permainan dengan baik di bahagian belakang,'' kata pemain Greece itu kepada Televisyen Czech selepas tamat perlawanan.

"Sudah tentu juga servis saya banyak membantu,'' kata Sakkari.

Jelena Ostapenko pula mencipta satu lagi kejutan dengan mengatasi pilihan kelima, Petra Martic dengan kemenangan 6-3, 6-1 win.

Pilihan keempat, Victoria Azarenka menewaskan Barbora Krejcikova 2-6, 6-2, 6-1 dan pilihan ketujuh, Elise Mertens mengatasi cabaran Amanda Anisimova 6-2, 6-3.

"Semangat juang saya mengubah perlawanan," kata Victoria yang menduduki ranking ke-14.

"Saya mula mendapat rentak selepas itu dan saya rasa itu titik kebangkitan. Semangat juang saya.''

Disiarkan pada: October 22, 2020 @ 1:03pm
d