arena

Spurs, Milan benam lawan Liga Europa

Oleh AFP

Paris: Gareth Bale membantu Tottenham menewaskan LASK dari Austria, 3-0 pada aksi pembukaan kempen Liga Europa sementara Celtic menerima tamparan dengan kekalahan di gelanggang sendiri 1-3 ke atas skuad AC Milan yang ditunjangi Zlatan Ibrahimovic.

Seteru Liga Perdana buat Spurs seperti Arsenal dan Leicester turut mencatat kemenangan yang menyaksikan wakil Inggeris mempamerkan pencapai baik di Eropah dengan enam kemenangan dan satu seri dari perlawanan Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

Di sebalik Bale bermula dalam kesebelasan utama pasukan buat pertama kali sejak kembali ke Spurs dari Real Madrid, ia adalah penampilan mengagumkan buat pemain yang dipinjam kelab itu Carlos Vinicius ketika Tottenham menikmati kemenangan 3-0 dalam saingan pembukaan Kumpulan J.

Vinicius memulakan permainan selepas Harry Kane direhatkan dan mencipta gerakan gol setiap babak untuk Lucas Moura dan Son Heung-min, ketika dia juga berpeluang meledak jaringan jika Andres Andrade tidak menjaringkan gol sendiri.

Leicester melakukan permulaan cemerlang dalam Kumpulan G dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Zorya Luhansk dari Ukraine.

James Maddison, Harvey Barnes dan Kelechi Iheanacho berada dalam senarai penjaring.

Di Glasgow, Celtic bergelut mengatasi pendahulu Serie A, Milan yang berada 0-2 pada separuh masa permainan hasil jaringan Rade Krunic dan Brahim Diaz.

Mohamed Elyounoussi merapatkan kedudukan selepas waktu rehat namun Jens Petter Hauge memastikan kemenangan Milan dalam Kumpulan H di pada minit akhir permainan.

Arsenal pula bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan ke atas Rapid Vienna 2-1 dan Rangers menewaskan Standard Liege 2-0.

Benfica menewaskan Lech Poznan, 4-2 di Poland 4-2 dalam aksi Kumpulan D manakala Bayer Leverkusen membelasah wakil Perancis, Nice, 6-2 dan wakil Sepanyol, Granada, mengatasi PSV Eindhoven, 2-1 dalam kempen pertama saingan Eropah mereka.

Disiarkan pada: October 23, 2020 @ 7:39am
d