arena

Aksi Clasico jadi tumpuan

Oleh AFP

Madrid: "Clasico tetap Clasico," kata Presiden La Liga, Javier Tebas.

"Bagi liga ini ia adalah satu perlawanan tetapi bagi daya tarikan dan penampilan antarabangsa, ia membabitkan pertembungan dua pasukan besar di dunia. Ia tetap perlawanan penting bagi setiap kelab di dunia."

Barcelona dan Real Madrid juga akan berentap di antara stadium bola sepak terbesar di dunia, tetapi hampir semua kerusi 99,000 di Camp Nou, malam esok akan kosong.

Dalam istilah sukan, ia pasti sukar melaksanakan tanpa kehadiran penonton di stadium yang mencetus suasana dramatik. Ia sebagai langkah pencegahan bagi mengelak daripada penularan pandemik Covid-19.

"Mana-mana perlawanan bola sepak tanpa peminat akan kurang lengkaplah bagi aksi itu." kata Tebas.

"Tetapi kami sudah mengharungi lebih 300 perlawanan tanpa penonton di stadium dan kami lihat pemain tetap memperagakan aksi cemerlang di padang. Malah rekod yang menonton televisyen membuktikannya masih ramai mengikuti perlawanan."

La Liga biasanya menjangkakan potensi penonton Clasico antara 650 juta di seluruh dunia dan menjangkakan angka yang besar minggu ini.

"Hanya 70,000 yang sepatutnya berada di stadium tercicir," kata Tebas.

Penampilan bintang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi tetap menjadi tarikan utama berdepan Madrid kendalian Zinedine Zidane pada perlawanan itu.

Di sebalik isu kontroversi perpindahan Messi di awal musim, Barca yang dibimbing pengendali baharu musim ini, Ronald Koeman pastinya mahu menebus kehampaan selepas gagal meraih gelaran La Liga musim lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 23, 2020 @ 10:57am
    d